Assalamualaikum..
Setiap insan pasti akan mempunyai cita-cita ketika masih kanak-kanak..
Jika di tanya, apabila sudah besar, hendak jadi apa??
Jawapan yang sering didengari adalah Doktor, Jurutera, Pilot & Guru..
Haha sungguh besar cita-cita serta impian seorang kanak-kanak..
Namun, realiti nya ia tidak semudah itu untuk dicapai..
Setakat angan-angan Mat Jenin tanpa usaha yang gigih..
Impian hanyalah tetap impian tanpa menjadi kenyataan..
Hanya segilintir sahaja yang berjaya dicapai..
Ku ingat lagi cita-cita aku dahulu..
" Saya nak jadi doktor bila dah besar nanti.."
Geli hati ku bila diingat semula kenangan ku ketika masih kecil..
Ohh..sungguh naif nya aku..
Namun, telah banyak perkara yang aku lalui..
Kemana arah tuju ku??
Kerjaya yang ku idamkan tidak dapat dicapai..
akibat sikap ku dan kelalaian ku..
Serta takdir yang Allah telah tetapkn untuk diriku..
Kadang-kala aku akan terasa sesat di tengah-tengah perjalanan hidup ku..
aku jadi keliru dan tidak boleh membuat keputusan..
Maka, aku hanya boleh berdoa agar mendapat petunjuk dari Allah..
Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambamu..
Permudahkanlah segala perkara yang hambumu lakukan..
Tapi ini tidak bermakna aku akan berhenti bermimpi..
Impian aku tidak akan sesekali lupus..
cuma ditukar kepada impian yang lain..
Impian adalah sangat penting dalam hidup kita..
Impian yang mendorong kita menuju ke hadapan..
Maka, aku akan mara ke hadapan tanpa rasa menyesal..
Dengan ada nya sokongan dari kedua ibubapa, adik serta rakan-rakan..
Insya-Allah, aku boleh laluinya..
=D
No comments:
Post a Comment