Thursday, May 28, 2009

RESEPI PUDING ROTI BAKAR

Bahan-bahan:

  1. 4-5 keping roti
  2. 3 sudu besar tepung jagung
  3. 3 sudu besar gula
  4. 1/2 tin susu cair (susu ideal)
  5. 2-3 biji telur
  6. 1 sudu teh esen vanilla
  7. campuran buah-buahan,kismis (slalunye i letak strawberi/laici)

Cara-cara:

  1. Roti disiat @ potong bentuk dadu.
  2. Tepung jagung, susu, gula, esen vanilla, telur dibancuh dan diadun sebati.
  3. Masukkan roti berselang-seli dgn campuran buah-buahan ke dalam loyang berlapik kertas di bawah. Kemudian, lengserkan majerin di sekeliling loyang.
  4. Tuang adunan susu ke atas roti dan bakar selama 20-25 minit.
  5. Tabur gula ising selepas puding siap dibakar.

1 comment: